SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA PERKARA-PERKARA BERIKUT:
Permohonan ID pencalonan hendaklah dikemukakan SECARA BERTULIS kepada Urus Setia Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat
Kebesaran Negeri Melaka melalui alamat tertera di bawah selewat-lewatnya atau pada 15 Jun 2026 (Isnin)
Pemohon yang telah diberikan No. ID dan kata laluan hendaklah melengkapkan borang secara atas talian selewat-selewatnya pada 30 Jun 2026 (Selasa).
Pemohon perlu mencetak dan mendapatkan pengesahan pencadang secara bersemuka. Borang perlu BERTANDATANGAN dan BERCOP BIRU oleh pencadang. Lampirkan bersama-sama SALINAN KAD PENGENALAN PENCADANG untuk rujukan pihak urusetia.
Tarikh akhir penyerahan borang pencalonan yang telah lengkap kepada urusetia adalah pada 3 Julai 2026 (Jumaat) melalui alamat seperti berikut : Urus setia Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat
Kebesaran Negeri Melaka
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 2, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.
Hanya permohonan yang mematuhi garis panduan dan syarat-syarat seperti di atas sahaja akan diproses. Sebarang surat-menyurat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat tawaran.
Kajian Kepuasan Pengguna Sistem Darjah Kebesaran Negeri Melaka 2026
Sila lengkapkan Borang Kaji Selidik Kepuasan Pengguna
ini
bagi tujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Sistem Darjah Kebesaran Negeri Melaka (ePingat)