Permohonan epingat Tahun 2022 adalah melalui permohonan secara individu.
Pemohon perlu memohon untuk mendapatkan ID dan Kata Laluan. Sekiranya berjaya, ID dan Kata Laluan akan diberi melalui emel yang didaftarkan.
Pemohon perlu melengkapkan borang sebelum mencetak dan mendapatkan pengesahan pencadang secara bersemuka. Borang perlu BERTANDATANGAN dan COP RASMI (warna biru sahaja) oleh pencadang.
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia melalui alamat berikut :
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 2, Blok Temenggong
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tarikh tutup permohonan dan penyerahan borang adalah pada atau sebelum
Hanya permohonan yang mematuhi garis panduan dan syarat-syarat seperti di atas sahaja akan diproses. Sebarang surat-menyurat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Calon yang layak dan berjaya akan dihubungi melalui surat tawaran.